Malaysia Oversight

Surat kepada PN mohon maklumat keahlian, proses penyertaan

By MkiniBM in November 30, 2025 – Reading time 2 minute
Surat kepada PN mohon maklumat keahlian, proses penyertaan


hari ini menjelaskan bahawa surat yang dihantar kepada PN bukan permohonan rasmi untuk menyertai gabungan itu, sebaliknya bertujuan mendapatkan maklumat awal sebelum parti membuat sebarang keputusan.

Setiausaha Agung , S Ananthan, berkata surat berkenaan dihantar empat hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti bagi membolehkan memahami dengan lebih mendalam pendirian PN.

“Ia adalah surat untuk mendapatkan penjelasan sebelum penyertaan (MIC dalam PN).

“Kandungannya menumpukan kepada beberapa isu penting, termasuk bentuk keahlian, proses kemasukan, dan kedudukan MIC jika diterima sebagai komponen PN,” katanya kepada Malaysiakini.

Ananthan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PN, Yassin, yang sebelum ini menyatakan MIC telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai gabungan tersebut.

Menurut Ananthan, tindakan menghantar surat itu dibuat selepas beberapa pemimpin — termasuk Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man — mengundang MIC untuk mengadakan pertemuan dan mempertimbangkan penyertaan dalam PN.

Dia turut menjelaskan bahawa MIC meminta penjelasan lanjut mengenai komitmen PN terhadap pembangunan masyarakat India, termasuk isu pendidikan, sosioekonomi dan representasi politik.

“Kami memerlukan maklumat lengkap sebelum membuat keputusan penting mengenai hala tuju parti.

“Kami ingin memastikan sama ada MIC diterima secara automatik atau terdapat syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

“Penjelasan ini sangat penting supaya kami boleh membuat keputusan muktamad,” kata Ananthan.

fb63facdb37ce2b262a5e964dc0d10b6

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan bahawa mendakwa MIC telah menyerahkan permohonan untuk menyertai PN. berkata Majlis Tertinggi PN akan meneliti perkara itu dalam mesyuarat pada bulan Disember sebelum membuat keputusan rasmi.

Untuk rekod, AGM MIC tahun ini memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu kekal dalam atau mempertimbangkan gabungan baru. Perwakilan menyerahkan mandat kepada Presiden MIC, SA Vigneswaran, bersama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk membuat keputusan.

Dalam sidang media selepas AGM, Vigneswaran menegaskan bahawa keputusan akhir mengenai hala tuju MIC bergantung kepada kepimpinan parti, sambil memberi bayangan bahawa pilihan meninggalkan kekal terbuka.



Source link