Malaysia Oversight

Sunway Square tarik balik dasar mesra haiwan

By MkiniBM in December 18, 2025 – Reading time 2 minute
Sunway Square tarik balik dasar mesra haiwan


Sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang menarik balik keputusannya membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk ke premisnya, susulan amaran oleh negeri berhubung larangan amalan sedemikian.

Sunway Square Mall di Subang memaklumkan dasar mesra haiwan peliharaannya telah dikemas kini “berkuat kuasa serta-merta” selepas arahan negeri ditegaskan semula oleh exco tempatan dan pelancongan , Ng Suee Lim.

3ee4009185bbd72276fa2c86590b2e56

“Selaras dengan arahan ini, haiwan peliharaan tidak dibenarkan di dalam kawasan tertutup Sunway Square Mall bagi memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa untuk semua pengunjung,” kata pusat beli-belah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia memaklumkan haiwan peliharaan hanya dibenarkan di kawasan luar yang dikhaskan sebagai zon mesra haiwan, dikenali sebagai Squarrel’s Playground, yang terletak di Sunway South Quay Lake.

Pemilik haiwan peliharaan, menurut kenyataan itu, masih boleh bergerak antara tempat letak kereta di tingkat bawah tanah pusat beli-belah dan zon luar tersebut dengan bantuan pasukan keselamatan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas kefahaman mereka ketika kami mematuhi arahan negeri, sambil terus berkhidmat kepada semua pengunjung dengan penuh hormat,” katanya.

c2fc881c76ac6c3af2f106864a6b413b

Kenyataan itu dimuat naik di platform media sosial pusat beli-belah berkenaan, namun ruangan komen ditutup.

Semalam, Ng berkata kerajaan akan terus melarang haiwan peliharaan dibawa masuk ke pusat beli-belah, sambil menegaskan dasar itu masih berkuat kuasa ketika kerajaanmeneliti garis panduan berkaitan demi mengekalkan keharmonian masyarakat.

“Kita di Selangor sebagai satu negeri maju dan bertaraf antarabangsa, semua langkah-langkah terkait dengan polisi antarabangsa, kita cuba akan teliti. Seperti di negara tertentu (dasar mereka) mereka memang mesra (haiwan peliharaan), boleh bawa haiwan ke sini, ke sana, masuk ke pusat beli-belah dan sebagainya.

“Bagaimanapun, berdasarkan budaya kita yang pelbagai kaum dan sebagainya, kita perlu teliti sama ada semua langkah mereka itu boleh atau sesuai diguna pakai di semua tempat, di pusat beli-belah dan sebagainya,” katanya.

Kenyataannya dibuat susulan tindakan Sunway Square Mall yang mencetuskan perdebatan di media sosial selepas menjadi pusat beli-belah pertama di Malaysia yang secara rasmi membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke premis.

2b195d6524a06ad9938e11c9fdb57d74

Isu itu itu menjadi tular selepas foto dan video di media massa menunjukkan seekor anjing ditolak menggunakan troli khas di dalam pusat beli-belah, termasuk berhampiran pawagam TGV, tersebar di media sosial.

Sebagai reaksi terhadap pendirian Ng, sebuah pertubuhan bukan kerajaan hak haiwan menuntut kerajaan Selangor mengenal pasti dan menerbitkan peruntukan undang-undang khusus yang melarang haiwan peliharaan dibawa masuk ke pusat beli-belah.

Jurucakap Lawyers for Animal Rights, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, berhujah bahawa setakat ini tiada statut, perundangan subsidiari, undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan, atau garis panduan yang diwartakan telah dikenal pasti atau diterbitkan bagi menyokong kewujudan larangan tersebut.

10d54918b4efae7583dc43d76c2f20dc

Mereka turut mengingatkan Ng bahawa pusat beli-belah merupakan premis milik persendirian dan tanpa peruntukan undang-undang yang jelas, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan larangan menyeluruh terhadap cara pemilik harta persendirian mengawal selia tingkah laku yang sah dalam premis mereka.



Source link