Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan agar semua operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat dihentikan dan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar secara berfasa.
Ketetapan itu dibuat selepas baginda menerima menghadap Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim serta Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.
Menerusi kenyataan Istana Shah Alam, baginda menegaskan bahawa perpindahan tersebut perlu mengikut perancangan tersusun serta mematuhi semua keperluan perundangan.
“Baginda menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat.
“Justeru, operasi sedia ada hendaklah dihentikan secara beransur-ansur dan seterusnya dipindahkan sepenuhnya ke kawasan Bukit Tagar,” menurut istana.
[Berita penuh menyusul]






