Malaysia Oversight

Suhakam gesa dasar diversion selepas pelajar tumbuk cikgu direman

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 1 minute
Suhakam gesa dasar diversion selepas pelajar tumbuk cikgu direman


Suhakam hari ini menggesa pelaksanaan dasar diversion bagi kanak-kanak yang melanggar undang-undang, dengan kerjasama pihak polis, jabatan kebajikan, sekolah, dan badan kehakiman.

Gesaan ini dibuat susulan penahanan reman selama dua hari ke atas seorang pelajar berusia 14 tahun kerana menumbuk gurunya.

“Mekanisme diversion membolehkan kanak-kanak yang dituduh melakukan kesalahan kecil atau tidak ganas dialihkan ke program komuniti yang fokus pada pendidikan, kaunseling dan bantuan tingkah laku, tanpa melalui sistem mahkamah.

“Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko jenayah dan stigma sosial, tetapi juga menangani isu asas seperti trauma, pengabaian, atau kesihatan mental.

“Dasar ini bukan penafian terhadap akauntabiliti, tetapi satu anjakan ke arah keadilan restoratif dan pemulihan, yang terbukti lebih berkesan dan berperikemanusiaan untuk kanak-kanak,” kata Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Farah Nini Dusuki.

Pelajar berkenaan ditahan pada Isnin (28 Julai) selepas menumbuk seorang guru lelaki berusia 29 tahun, yang kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama.

Klip video pergaduhan tersebut tular di media sosial, dan remaja berkenaan direman selama dua hari selepas ditahan.

Dia mengaku bersalah semalam di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan mencederakan guru tersebut.

Farah berkata insiden ini patut jadi titik tolak untuk menilai masalah lebih besar, dan melihat sama ada sekolah ada sokongan tingkah laku yang baik serta akses cepat kepada bantuan kesihatan mental untuk pelajar.

[Baca berita penuh]



Source link