MELAKA: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka, Ayer Keroh, hari ini bagi didakwa atas pertuduhan mendera anak angkat lelaki mereka berusia lapan tahun menggunakan pemetik api dan air panas dalam kejadian pada Ogos dan Oktober lalu. Tertuduh, Badrul Amin Yazid dan isterinya, Nur Amiesya Saim, masing-masing berusia 27 dan 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin…






