Malaysia Oversight

Suami direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh dua beranak di Juru

By TheSun in October 19, 2025 – Reading time 1 minute
Suami direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh dua beranak di Juru


BUKIT MERTAJAM: Suami kepada wanita yang ditemui bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan lelaki berkenaan telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman tersebut.

Mayat dua beranak itu telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk tujuan bedah siasat.

Media semalam melaporkan dua beranak iaitu ibu berusia 51 tahun dan anak perempuan berusia 11 tahun ditemui di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru.

Difahamkan mayat wanita itu dijumpai di bahagian dapur tingkat bawah rumah manakala anaknya ditemui di tingkat atas.

Azizee berkata mayat dua beranak tersebut ditemui oleh suami mangsa yang pulang ke rumah sekitar pukul 7.30 malam.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama



Source link