Malaysia Oversight

SU agung Muda terima surat tuntutan dari Zahid

By MkiniBM in August 19, 2025 – Reading time 2 minute
SU agung Muda terima surat tuntutan dari Zahid


Setiausaha Agung Muda, Ainie Haziqah menerima surat tuntutan daripada peguam Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Muda berkata Ainie mendapat surat tuntutan undang-undang itu susulan ucapannya pada himpunan ‘Turun ‘ bulan lalu yang mengkritik tuduhan rasuah lampau Zahid.

Parti itu menyifatkan tindakan presiden berkenaan sebagai “intimidasi politik untuk menutup suara anak muda dan rakyat yang menuntut keadilan serta ketelusan” berhubung status pelepasan tanpa pembebasan penuh (DNAA) Zahid yang diberikan pada September 2023.

“Muda ingin mengingatkan bahawa sehingga hari ini, janji reformasi untuk memisahkan peranan perdana menteri dan Peguam Negara masih belum ditunaikan.

a4fab6b7df253f6517f6cbaf9e81279f

“Disebabkan kelewatan ini, rakyat terus meragui kebebasan serta integriti keputusan yang dibuat oleh pihak pendakwaan,” kata parti itu pada satu kenyataan.

Muda menegaskan mereka berdiri teguh bersama Ainie Haziqah, sambil menekankan kritikan terhadap DNAA Zahid bukanlah fitnah.

“Kritikan terhadap DNAA Zahid Hamidi adalah sebahagian daripada tanggungjawab politik kami untuk memastikan rakyat mendapat jawapan dan bukan satu bentuk fitnah.

“Muda tidak akan tunduk kepada pembuli politik seperti Zahid Hamidi dan akan terus memastikan suara seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda tidak akan dibungkamm,” kata kenyataan itu lagi.

0f520de84fb27567604c428502a3c5ed

Parti itu turut menggesa rakyat Malaysia menyertai kempen mereka dengan menggunakan tanda pagar #DakwaSemulaZahid #ReformasiBukanRetorik.

Terdahulu hari ini, Muda melancarkan kempen #DakwaSemulaZahid yang menuntut Pejabat Peguam Negara membuka semula kes rasuah dan salah guna kuasa Zahid.

Pemangku presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz berkata kempen ini penting kerana rakyat berhak mengetahui kebenaran dan rakyat Malaysia mahu tahu bagaimana orang dalam boleh terlepas begitu sahaja.

Kempen itu, katanya, akan melibatkan siri demonstrasi, ceramah dan jelajah di seluruh negara.

7dd349fe0a5cda8bfd3e7fe3738fbc1a

Bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin turut menyatakan sokongan terhadap kempen itu, berkata Muda berhak menuntut pendakwaan semula, lebih-lebih lagi kerana kes prima facie sudah pun dibuktikan sebelum Zahid menerima DNAA dalam kes Yayasan Akalbudi.

Pada 2023, Zahid diberikan DNAA terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, meskipun dia telah diarahkan membela diri – satu ambang undang-undang yang kebiasaannya menunjukkan wujud bukti kukuh pihak pendakwaan.

Pertuduhan itu melibatkan 12 kes pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pihak pendakwaan yang ketika itu diketuai Dusuki Mokhtar – kini peguam negara – memohon DNAA dengan alasan pasukannya memerlukan masa untuk membolehkan siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap terhadap kes Zahid.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika itu menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak pendakwaan, berkata wang pembayar cukai akan dibazirkan sekiranya pendakwaan kemudian menggugurkan kes Zahid.

[Baca berita asal]



Source link