Malaysia Oversight

Strava Menyaman Garmin Kerana Melanggar Paten Teknologi Dan Perjanjian Antara Syarikat

By Amanz in October 3, 2025 – Reading time 2 minute
Strava Menyaman Garmin Kerana Melanggar Paten Teknologi Dan Perjanjian Antara Syarikat


Strava Menyaman Garmin Kerana Melanggar Paten Teknologi Dan Perjanjian Antara Syarikat

October 3, 2025
Aplikasi

Nazrin

Strava dan Garmin adalah dua nama yang cukup sebati dalam dunia sukan dan kesihatan. Strava cukup terkenal untuk aplikasi penjejakan aktiviti bersukan, manakala Garmin pula lebih dikenali untuk peranti-peranti penjejakan melakukan aktiviti yang sama.

Saman ini difailkan di mahkamah Colorado, dan Strava nampaknya mahu Garmin untuk menghentikan jualan kebanyakan peranti-peranti penjejak aktiviti mereka disamping mengatakan bahawa Garmin telah melanggar beberapa paten Strava.

Pihak Strava mengatakan bahawa Garmin telah melanggar paten syarikat tersebut dengan pengenalan fungsi segments; iaitu sebuah fungsi dimana pengguna aplikasi Strava boleh membandingkan prestasi larian pada bahagian-bahagian jalan tertentu dengan pelari-pelari yang lain.

Strava Data Map 2 1

Ini juga termasuklah fungsi heatmaps yang membolehkan pengguna Strava untuk berlari di lokasi-lokasi yang popular dikalangan pengguna aplikasi tersebut. Paten untuk ciri segments telah difailkan pada tahun 2011 dan diberi kepada Strava pada tahun 2015, manakala heatmaps pula telah difailkan pada tahun 2014 dan diberi pada tahun 2016.

Apa yang menarik mengenai saman ini ialah Strava mengatakan bahawa pampasan kewangan bukan sahaja tidak mencukupi, tetapi mereka mahu memastikan bahawa Garmin tidak dibenarkan menjual produk-produk penjejak aktiviti mereka, termasuklah dan tidak terhad kepada model Forerunner, Fenix, dan Epix.

Garmin Forerunner 570 Dan 970 MY 1

Walaupun kedua-dua syarikat ini mempunyai perjanjian persefahaman sebelum ini tentang penggunaan teknologi diantara kedua-dua platform, Strava mengatakan bahawa salah satu daripada isu terbesar dengan Garmin ialah mereka telah mengambil ciri segments tersebut dan menambahkan fungsi-fungsi baru yang tidak dibangunkan oleh Strava.

Perkara ini dilihat cukup serius buat Strava bukan sahaja kerana ia menggunakan teknologi yang dipaten syarikat tanpa kebenaran, tetapi juga telah membangunkan sebuah ciri pada platform Garmin yang dilihat sebagai aplikasi pesaing kepada mereka.

Menariknya, ciri-ciri yang sudahpun dipatenkan oleh Strava dikatakan sudahpun digunakan oleh Garmin seawal tahun 2011 sebelum paten Strava difailkan. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi apakah langkah seterusnya yang akan diambil Garmin berkenaan saman ini.

DC Rainmaker

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link