Malaysia Oversight

STR fasa 1 mula disalur hari ini

By MkiniBM in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
STR fasa 1 mula disalur hari ini


MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 melibatkan lima juta penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata ia melibatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan yang akan menerima antara RM100 hingga RM500, mengikut kelayakan masing-masing.

“Penambahbaikan kepada STR, yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan bagi memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil.

berkata MADANI giat memastikan setiap rakyat dapat hidup bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam mengharungi tekanan kos sara hidup.

“Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima,” katanya.

– Bernama



Source link