Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan bermula pada 20 Januari ini.
Anwar berkata pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas pula akan dikreditkan menerusi MyKad pada 9 Feb.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata sebanyak empat peratus penerima tidak menggunakan bantuan tunai tersebut tahun lalu, menyebabkan lebihan sebanyak RM150 juta.
“Seperti saya janjikan, RM150 juta itu tidak akan diambil oleh kerajaan,” katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini.
Anwar berkata wang itu sebaliknya akan diagihkan kepada mangsa keganasan rumah tangga yang tinggal di pusat perlindungan, pelajar kurang upaya dan berkeperluan khas, pembelian peralatan perubatan untuk pesakit tidak berkemampuan, bank makanan, serta program Dapur Siswa.
Pengagihan itu katanya akan diselaraskan oleh kementerian berkaitan.
[Berita penuh menyusul]






