Storan Mini SSD Dengan Kelajuan SSD Tetapi Bersaiz Kecil Dilancarkan
Effi Saharudin
Storan MicroSD di telefon pintar kini semakin pupus kerana kelajuan membaca dan menulis storan ini lebih perlahan berbanding UFS 4.0 yang digunakan majoriti peranti mercu. Storan mungkin besar tetapi prestasi akan terjejas. Di China, syarikat Biwin melancarkan format storan fizikal baharu yang diberi nam Mini SSD. Ia menawarkan kelajuan sepantas SSD tetapi saiz yang sedikit lebih besar (15 x 17 x 1.4 mm) berbanding MicroSD (15 × 11 × 1 mm).

Ia dipasarkan dengan kelajuan membaca sehingga 3700 MB/s dan menulis pula pada kelajuan 3400MB/ menggunakan sambungan PCIe 4×2. Ia ditawarkan dalam pilihan storan 512GB, 1TB and 2TB. Biwin mengatakan Mini SSD dipasarkan untuk kegunaan. Sebagai perbandingan, kad MicroSD Express mempunyai kemampuan menulis sehingga 900 MB/s dan membaca sehingga 750 MB/s.
Produk dilancarkan untuk kegunaan pada telefon pintar, tablet, komputer riba, kamera dan juga konsol. Kerana format Mini SD masih lagi baharu, setakat ini hanya konsol mudah alih GPD Win 5 dan komputer riba keluaran OneNetbook sahaja menyokongnya itupun hanya untuk pasaran China.
The Verge
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.