Malaysia Oversight

Stesen Angkasa Tiangong China Menjadi Yang Pertama Dilengkapi Ketuhar Memasak Makanan Panas

By Amanz in November 5, 2025 – Reading time 1 minute
Stesen Angkasa Tiangong China Menjadi Yang Pertama Dilengkapi Ketuhar Memasak Makanan Panas


Stesen Angkasa Tiangong Menjadi Yang Pertama Dilengkapi Ketuhar Memasak Makanan Panas

November 5, 2025
Aeronautik
Sains

Effi Saharudin

Stesen angkasa Tiangong baru berusia tiga tahun menjadikan negara ketiga mempunyai stesen angkasa sendiri. Kini ia melakar sejarah sebagai stesen angkasa pertama dilengkapi ketuhar yang boleh memasak makanan panas. Ketuhar dipasang krew misi Shenzhou-21 yang tiba pada 31 Oktober lalu. Sayap ayam barbeku dan daging stik lada hitam menjadi makanan pertama dimasak menggunakan ketuhar ini dalam masa 28 minit sahaja.

Tiangong ketuhar Oven Angkasa Lepas

Ketuhar ini tidak sama dengan di bumi kerana memasak makanan tanpa mengeluarkan asap. Ia juga boleh mengumpul sisa makanan, memasak pada suhu tinggi dan dilengkapi sistem penapisan multi lapisan. Menurut agensi angkasa lepas , ketuhar ini boleh digunakan sebanyak 500 kali.

Walaupun Tiangong ialah stesen angkasa pertama mempunyai ketuhar memasak makanan segar, lima tahun lalu sebuah ketuhar rekaan NanoRacks dan Zero G Kitchen telah diuji di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ia sekadar protaip yang hanya memasak biskut cokelat dengan ia memakan masa lebih dua jam.

Selama ini makanan angkasawan perlu disejuk beku sebelum dihantar ke angkasa. Angkasawan kemudian perlu memanaskannya dengan rendaman air panas atau ketuhar udara panas. Dengan wujudnya ketuhar ini, angkasawan China boleh memasak makanan segar dengan bahan yang seperti sayuran yang ditanam sendiri di angkasa lepas. Ia juga membolehkan pengembara masa hadapan untuk memasak makanan segar dalam perjalanan ke Marikh dan seterusnya melangkaui najam.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link