Malaysia Oversight

Steam Mengesahkan PayPal Tidak Lagi Menyokong Pembayaran Permainan Di Banyak Negara

By Amanz in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Steam Mengesahkan PayPal Tidak Lagi Menyokong Pembayaran Permainan Di Banyak Negara


Valve, pembangun gedung permainan digital Steam baru-baru ini telah mengesahkan bahawa untuk kebanyakan negara di seluruh dunia, mereka tidak lagi boleh menggunakan PayPal sebagai platform pembayaran untuk pembelian permainan-permainan video pada platform tersebut.

Valve mengatakan bahawa perkara ini telah bermula sejak bulan Julai 2025, apabila ia diperlihatkan untuk pertama kalinya dimana pembayaran menggunakan PayPal telah dipadam. Jangkaan awal orang ramai ialah ia kerana Steam ataupun PayPal sedang mengemaskini sokongan platform pembayaran, tetapi dengan pengumuman ini, ia kini disahkan bahawa pembayaran melalui PayPal hanya boleh digunakan dengan sejumlah kecil matawang sahaja.

Steam Store Beta 2025

Matawang-matawang yang boleh digunakan untuk membuat bayaran di Steam menggunakan PayPal termasuklah Australian Dollar (AUD), Canadian Dollar (CND), Euro, Great Britain Pound (GBP), US Dollar (USD) dan Yen sahaja.

Valve menjelaskan bahawa matawang-matawang lain kini tidak lagi disokong kerana bank penerima untuk PayPal tidak lagi akan memproses matawang dari negara-negara lain selain yang dinyatakan. Oleh kerana ini, pembayaran melalui PayPal telah ditutup untuk kebanyakan negara-negara lain.

Sebelum ini, Steam telah dipaksa untuk menyahsenaraikan permainan-permainan tertentu kerana kandungan yang tidak begitu elok, atau menghadapi risiko dihalang daripada menggunakan platform pembayaran Mastercard dan Visa. Valve telah mengesahkan bahawa isu dengan PayPal tidak berkait dengan kandungan yang dijual di platform tersebut.

image 45

Untuk Malaysia, kita mempunyai pelbagai pilihan pembayaran untuk gedung Steam selain daripada PayPal, termasuklah ShopeePay, GrabPay, Touch’n’Go eWallet dan eClub Points.

Valve



Source link