Malaysia Oversight

Starcloud Akan Membina Pusat Data AI Angkasa Lepas Bermula November Ini

By Amanz in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
Starcloud Akan Membina Pusat Data AI Angkasa Lepas Bermula November Ini


Starcloud Akan Membina Pusat Data AI Angkasa Lepas Bermula November Ini

October 24, 2025
Aeronautik

Effi Saharudin

Pusat data kecerdasan buatan (AI) memerlukan ruang tanah yang besar, kuasa yang tinggi, menghasilkan pencemaran bunyi dan memerlukan air yang banyak. Penyelesaian kepada isu-isu ini ialah membina pusat data di angkasa lepas. Pada bulan November depan, Starcloud sebuah syarikat rintis bawah pergam NVIDIA Inception akan melancarkan satelit pertama dilengkapi GPU kelas pusat data sebagai langkah pertama membina pusat data di angkasa lepas.

Starcloud Satelit AI A

Satelit AI Starcloud yang sebesar peti sejuk mini dan seberat 60 kilogram akan dilengkapi GPU NVIDIA H100. Ini memberikannya kuasa memproses 100 kali ganda berbanding sistem lain di angkasa lepas sekarang. Pengasas Starcloud, Philip Johnston meramalkan dalam tempoh 10 tahun, semua pusat data AI akan dibina di angkasa lepas. Dalam video yang dikongsi, pusat data AI Starcloud mempunyai kuasa 5GW dan ia memerlukan panel solar dengan keluasan sekitar 16 kilometer persegi.

Pusat Data AI Starcloud A

Alasan beliau ialah angkasa lepas menawarkan kuasa tanpa had kerana hanya memerlukan kuasa solar. Tiada air akan dibazirkan untuk sistem penyejukan kerana haba yang dijana akan dilepaskan terus ke angkasa lepas yang sejuk beku. Tambah beliau lagi pengurangan pelepasan karbon sepanjang hayat pusat data angkasa lepas adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding pusat data di permukaan bumi.

Idea membangunkan pusat data di angkasa lepas bukanlah idea baru dengan telahpun memulakan pembinaan superkomputer angkasa lepas pertama pada Mei tahun ini. Di bawah program Star Compute, 2800 satelit AI akan membentuk Buruj Pengkomputeran Tiga Badan. Apabila beroperasi sepenuhnya, ia akan menjadi rangkaian superkomputer angkasa lepas dengan kemampuan memproses 1000 Peta operasi sesaat (POP).

Pasukan Starcloud kini menumpukan usaha untuk melancarkan satelit AI pertama mereka yang kemudiannya akan menjalankan model AI Google Gemma untuk membuktikan LLM boleh diproses di angkasa lepas. Sekiranya berjaya, Starcloud akan menjadi yang ketiga berjaya menjalankannya selepas Booz Allen dan HPE di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2024 dan di Stesen Angkasa Taingong pada Ogos lalu.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link