Malaysia Oversight

Star umum bertanding di 40 kerusi DUN Sabah

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Star umum bertanding di 40 kerusi DUN Sabah


Parti Solidariti Tanah Airku (Star) akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam pilihan raya negeri (PRN) yang ke-17 pada 29 Nov ini.

Presidennya Jeffrey Kitingan berkata sebanyak 29 calon diumumkan hari ini manakala baki 11 lagi akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada Sabtu ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.

Berikut adalah senarai calon Star:

N02 Bengkoka Maklin Masiau
N06 Bandau Shirewin D Patrick
N07 Tandek Arlinsia Agang
N08 Pintasan Raplin Samat
N09 Tempasuk Walter Mark Mukis
N10 Usukan Mohd Lin Harun
N14 Tamparuli Jinitoh Sontori
N15 Kiulu Terence Sinti
N16 Karambunai Stephen Teo
N18 Inanam Kenny Chua Teck Ho
N20 Api-Api Ting Shu Kiong
N23 Petagas Annita Shiela F Among
N25 Kapayan Benard Logijin
N28 Kawang Beverly Natalie Koh
N31 Membakut Adrian Lajim
N35 Sindumin Moktar Matussin
N37 Karanaan Mohd Anuar Abdul Ghani
N38 Panginatan Pedderin @ Freddrin Tuliang
N39 Tambunan Jeffrey Kitingan
N40 Bingkor Mohd Ishak Ayub
N41 Liawan Agustine A Nain
N42 Melalap Alviana Linus
N43 Kemabong Hasmin @ Azroy Abdullah
N44 Tulid Baritus Gungkit @ Evaristus
N45 Sook Ireneus Pagut @ Jerneus Pagut
N60 Tungku Suling Isib
N66 Bugaya Mohd Taha Mohd Dara
N67 Balung Chee Kheng Moi
N69 Sri Tanjong Fung Len Fui

Bernama



Source link