Malaysia Oversight

SPRM tahan ketua pengarah, timbalan Jabatan Alam Sekitar

By MkiniBM in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elekrik dan elektronik (e-waste).

Sumber SPRM memaklumkan kedua-duanya ditahan pada 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM , hari ini.

“Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” menurut sumber.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau berkata SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

Kes disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009 dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

– Bernama



Source link