PETALING JAYA: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), dan forensik digital akan diperkukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengesan serta membanteras jenayah kewangan dan rasuah yang semakin kompleks. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kemajuan teknologi telah mengubah landskap tadbir urus dan jenayah, membolehkan penjenayah bergerak lebih pantas, lebih pintar serta sering melangkaui sempadan. “SPRM telah mengguna pakai kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI) yang menggabungkan pengalaman penyiasatan tradisional…






