Malaysia Oversight

SPRM kunci mulut, laporan forensik video skandal Sabah siap

By MkiniBM in May 22, 2025 – Reading time 1 minute
SPRM kunci mulut, laporan forensik video skandal Sabah siap


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima laporan forensik berkaitan klip video yang tular membabitkan dakwaan skandal rasuah di Sabah.

Namun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menegaskan kandungan laporan itu tidak dapat didedahkan buat masa ini.

Menurut Azam, pihaknya kini sedang mengambil langkah susulan dengan memanggil semua individu yang berkaitan dalam video tersebut untuk memberi keterangan, termasuk mereka yang dirakam mahupun yang berada di sebalik kamera.

“Kalau tak silap, laporan forensik telah dihantar kepada pegawai penyiasat kira-kira seminggu lalu.

“Arahan saya ialah mereka perlu memanggil semua orang yang terlibat, sama ada dalam video atau mereka yang memegang kamera, supaya kenyataan mereka dirakam supaya kami boleh mengesahkan kandungan (video itu).

“Saya tidak mahu komen buat masa ini kerana ia prejudis terhadap mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

[Berita penuh menyusul]



Source link