Malaysia Oversight

SPRM kata Azhari Shaari tiada rekod rasuah

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 1 minute
SPRM kata Azhari Shaari tiada rekod rasuah


Halal Development Corp (HDC) menjelaskan bahawa pemangku pengerusinya, Azhari Shaari, telah melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak mempunyai rekod bersalah berkaitan rasuah.

Penjelasan itu dibuat selepas keberadaan Azhari dalam lembaga pengarah HDC dibangkitkan oleh Ahmad Fadhli Shaari berhubung pengakuan bersalah Azhari dalam satu kes jenayah.

Pada 2023, Azhari – yang juga ketua Shah Alam – berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan RM440,000 yang diperuntukkan untuk anak yatim dan program korban Aidiladha.

Dia juga dituduh atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan minit mesyuarat agung tahunan palsu sebagai dokumen asli.

Walaupun pada awalnya mengaku tidak bersalah, laporan tahunan SPRM 2023 menyebut bahawa dia kemudian menukar pengakuan kepada bersalah bagi salah satu pertuduhan pemalsuan tersebut.

Susulan itu, lima pertuduhan lain terhadapnya ditarik balik.

Azhari dikenakan denda RM1,900 bagi kesalahan pemalsuan yang diakuinya, manakala RM220,000 disita oleh .

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Komunikasi Korporat HDC berkata pemimpin itu dilantik oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebagai pengarah lembaga di GLC berkenaan pada Okt 2024.

Sebagai sebahagian daripada proses pelantikan itu, dia telah melalui tapisan SPRM yang pada Nov 2024 mengisytiharkannya bebas daripada sebarang rekod rasuah.

“Sebagai sebuah GLC, HDC komited untuk menegakkan prinsip integriti, ketelusan, dan tadbir urus korporat yang berkesan dalam semua aspek pengurusan serta pelaksanaan tanggungjawab korporatnya,” kata syarikat itu.

Azhari dilantik sebagai pemangku pengerusi HDC mulai 17 Jun tahun ini.



Source link