Malaysia Oversight

SPRM cekup 2 pegawai KDN

By MkiniBM in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
SPRM cekup 2 pegawai KDN


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri dan satu orang awam dalam operasi antara jam satu tengah hari hingga 5.00 petang semalam di .

Ketiga-tiga individu tersebut ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah untuk mempercepat permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).

“Pada masa ini, ketiga-tiga individu sedang dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM untuk siasatan lanjut,” menurut suruhanjaya itu.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam melaksanakan siasatan kes ini.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata operasi semalam adalah lanjutan daripada Op Outlander dijalankan mereka baru-baru ini.

[Berita penuh menyusul]



Source link