KUALA LUMPUR: Sebanyak 87 kertas siasatan berkaitan kes rasuah di pelbagai kementerian dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2022 hingga 26 September lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bagaimanapun terdapat lapan kementerian yang bebas daripada sebarang siasatan rasuah sepanjang tempoh berkenaan. Antaranya ialah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Digital (KDIGITAL), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Luar (KLN), Kementerian…






