Malaysia Oversight

SPRM arah suspek ‘counter setting’ isytihar harta

By MkiniBM in September 28, 2025 – Reading time 2 minute
SPRM arah suspek ‘counter setting’ isytihar harta


Pegawai penguat kuasa yang sebelum ini ditahan sebagai suspek sindiket ‘counter setting’ akan diberi notis untuk mengisytiharkan harta, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Dia memaklumkan langkah itu dibuat di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2008 susulan rampasan emas, kenderaan mewah, wang tunai dan akaun bank.

“Buat masa sekarang siasatan masih lagi berjalan bagi mendapatkan keterangan ke arah pertuduhan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 ASPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Hasil siasatan dijalankan juga mendapati selain ada yang membuka kedai emas dan membeli emas, ada juga pegawai penguat kuasa dikesan menggunakan akaun proksi bagi pembayaran dan penyimpanan wang rasuah,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.

243042a94220f9a822a3dfdc7b9fe468

Azam berkata siasatan juga akan menumpukan kepada pengesanan dan pelucutan harta yang diperoleh hasil kegiatan jenayah.

Pada 13 Sept, dua pegawai Jabatan Imigresen didakwa menjadikan rasuah sebagai kerja sambilan mewah — mengutip suapan dan didakwa membuka sebuah kedai emas bernilai RM1.4 juta.

Menurut SPRM, pasangan berusia 40an itu “pemain utama” sindiket counter setting yang membolehkan warga asing tanpa dokumen sah masuk ke Malaysia tanpa melalui prosedur sepatutnya.

Dalam sebuah video di akaun rasmi TikTok SPRM hari ini, badan itu mendedahkan pasangan berkenaan didakwa menggunakan dana haram sejak 2020 untuk membuka kedai emas, dengan menggunakan adik-beradik isteri dan anak mereka sebagai proksi. Kedai itu dilaporkan bermodal permulaan RM600,000.

76ef0dfecd019d385559073849af6a90

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Ahmad Khusairi Yahaya berkata siasatan mendapati pasangan itu terlibat dalam program pemutihan pekerja asing , yang bertujuan memberi peluang kepada majikan mendapatkan permit kerja sah untuk pekerja tanpa dokumen.

Katanya, pasangan itu mengaut RM150 bagi setiap pekerja manakala bakinya didakwa diagihkan kepada pegawai lain yang menguruskan fail.

Dia turut mengesahkan SPRM dalam serbuan di sebuah kedai emas di Pahang telah merampas tiga kilogram emas bernilai kira-kira RM1.4 juta.

Pada 23 Ogos, Malaysiakini melaporkan usaha membanteras sindiket berkaitan keluar masuk warga asing — khususnya menerusi counter setting — sebaliknya membawa kepada kemunculan sindiket baru yang mengeksploitasi sistem autogate.

725aed4edec37f2031c16b5908464094

Sindiket counter setting merujuk kepada pelepasan individu melalui kaunter imigresen tanpa prosedur sah, khususnya melibatkan migran tanpa dokumen di Malaysia.

Menurut sumber, sindiket baru itu melibatkan warga asing dari negara bebas visa — seperti — yang mengambil kesempatan atas kelompongan sistem untuk tinggal lebih masa di Malaysia tanpa keluar secara fizikal dari negara ini.

Pada 19 Sept, Jabatan Imigresen mengumumkan pemecatan 20 pegawainya yang didapati bersalah terbabit dalam sindiket “counter setting” manakala 277 lagi masih dalam siasatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, memberitahu BH Online bahawa pemecatan itu dilaksanakan selepas sabitan mahkamah yang mengesahkan penglibatan pegawai berkenaan dalam jenayah tersebut.



Source link