Spotify mengumumkan ia kini mempunyai 751 juta pengguna aktif bulanan (MAU) pada Q4 2025 dengan ia bersamaan peningkatan 11% berbanding suku sebelumnya. Sementara itu Spotify turut mempunyai 290 juta pelanggan Premium dengan ia meningkat 10% berbanding suku terdahulu.

Daripada jumlah ini, sebanyak 36% pelanggan premium tinggal di Eropah, 25% dari Amerika Utara, 23% dari Amerika Latin dan baki 15% dari benua Asia. Pendapatan syarikat melonjak 13% ke €4.5 bilion pada suku lalu dipacu oleh peningkatan harga langganan di beberapa pasaran. Untuk Q1 2026, Spotify menyasarkan mempunyai 759 juta MAU dan 293 juta pelanggan Premium.






