Malaysia Oversight

Spotify Kini Mempunyai Lebih 678 Juta Pengguna Aktif Bulanan

By Amanz in April 29, 2025 – Reading time 1 minute


Penstriman

Spotify Kini Mempunyai Lebih 678 Juta Pengguna Aktif Bulanan

April 29, 2025

Aman

Spotify kini mengumumkan kemaskini berkenaan syarikat mereka, mengatakan kini perkhidmatan penstriman muzik berkenaan mempunyai lebih 678 juta pengguna aktif bulanan. Kali terakhir, pada Februari lepas, Spotify mengatakan mereka mempunyai 675 juta pengguna aktif bulanan. Kemaskini ini memperlihatkan penambahan sebanyak 3 juta pengguna aktif bulanan.

Dari segi pelanggan berbayar pula, Spotify mempunyai seramai 268 juta.

Selari dengannya juga, Spotify berkongsi beberapa perkembangan yang telah dilakukan setakat ini, termasuk salah satunya adalah menambah sokongan buku-audio melalui kerjasama ElevenLabs, membolehkan penggunaan AI untuk menghasilkan buku-audio dalam 29 bahasa berbeza.

Bergerak kehadapan juga, Spotify dilihat memberikan lebih penekanan terhadap para pencipta kandungan, dalam menambah lebih banyak kandungan seperti podsiar dan lain-lain.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link