Malaysia Oversight

Speedy Tigers tamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga

By TheSun in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Speedy Tigers tamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga


KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen Piala Asia 2025 di tempat ketiga selepas menewaskan 4-1 dalam aksi penentuan hari ini.

Pasukan dikendalikan Sarjit Singh memulakan perlawanan di Stadium Hoki Universiti Bihar dengan cemerlang apabila mendahului seawal minit kelapan.

Norsyafiq Sumantri menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti untuk memberikan kelebihan awal kepada Malaysia.

Aksi lebih baik dipamerkan pada babak kedua dengan Mohamad Akhimullah Anuar Esook menjaringkan dua gol padang pada minit ke-36 dan ke-50.

Speedy Tigers menutup kemenangan bergaya 4-1 apabila Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menjaringkan gol keempat menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

berjaya memperoleh gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti Gao Jiesheng pada minit ke-54.

Kemenangan ini membolehkan pasukan hoki negara menamatkan kejohanan di kedudukan ketiga keseluruhan. – Bernama



Source link