Malaysia Oversight

Speaker serah notis kekosongan, beri alasan keperluan PRK di tiga DUN

By MkiniBM in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
Speaker serah notis kekosongan, beri alasan keperluan PRK di tiga DUN


Notis pemakluman rasmi kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping, Bintong dan Guar Sanji diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan berkata notis berkenaan diserahkan di Pejabat SPR Perlis di Kangar kira-kira 12 tengah hari.

Beliau berkata dalam notis itu, pihaknya turut memaklumkan SPR mengenai alasan keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di ketiga-tiga DUN berkenaan untuk pertimbangan suruhanjaya tersebut.

“Saya menyerahkan semuanya kepada pertimbangan pihak SPR,” katanya kepada pemberita di Kangar hari ini.

Pada sidang media 25 Dis lepas, Rus’sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN itu susulan keahlian Chuping Saad Seman, Bintong Fakhrul Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim dalam terhenti serta-merta, selaras Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Perlis.

Rus’sele berkata walaupun usia DUN Perlis telah genap tiga tahun pada 18 Dis lalu, negeri berpandangan terdapat keperluan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan ketiga-tiga kerusi itu demi kestabilan negeri.

Pada 24 Dis lalu, Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan media memaklumkan keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan (Pindaan 2025).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan kerusi PAS dan lima Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi satu kerusi menerusi Parti Keadilan Rakyat () di DUN Indera Kayangan.

– Bernama



Source link