Malaysia Oversight

Speaker mahu penjelasan menteri dalam negeri

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 2 minute
Speaker mahu penjelasan menteri dalam negeri


Serangan terhadap anak Rafizi Ramli oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di mendapat perhatian Dewan Rakyat hari ini.

Wong Chen (PH-Subang) meminta supaya Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan budi bicara meminta Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hadir memberi penjelasan mengenai insiden tersebut di Parlimen esok.

Chen menggunakan peraturan mesyuarat 14 (1) meminta Johari membuat satu petua bagi membolehkan menteri berkaitan memberi penjelasan.

“Ini merupakan perkara yang penting sebab dia menggugat bukan sahaja ahli Parlimen tapi keluarga kita juga dan tugas utama kita di Parlimen ialah untuk memastikan keselamatan yang terbaik untuk negara kita dan ahli-ahli Parlimen di sini. 

“Jadi, kalau boleh saya nak minta budi bicara tuan speaker memberi sedikit petua dan juga mengarahkan kalau boleh esok pagi menteri yang berkenaan untuk hadir di Parlimen di depan kita memberi penerangan lanjut tentang perkara yang sangat-sangat tak baik ini.

“Kita juga harap ahli-ahli Parlimen daripada pihak pembangkang akan menyokong perkara ini,” katanya ketika mencelah pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

cc5b786704327b9a453d967aec7490ce
Wong Chen

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan anak bekas timbalan presiden itu didakwa diserang secara fizikal oleh orang yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang Norhizam Bahaman, yang hadir ke hospital tempat kanak-kanak itu dirawat, mengesahkan perkara itu.

Dia memberitahu Malaysiakini bahawa serangan berlaku di luar kawasan sebuah pusat beli- belah di pada jam 1.30 tengah hari ini.

Sumber lain berkata serangan berlaku di kawasan tempat letak kereta.

b8ce73fa013cf0b80a38909cceb98429
Rafizi Ramli

Sementara itu Johari sebagai respon kepada saranan Chen berkata dia akan mendapatkan penjelasan menteri berkenaan terlebih dulu.

“Saya akan berhubung dengan menteri dalam negeri untuk minta penjelasan apa yang berlaku dan kalau perlu ini melibatkan keselamatan kita semua. 

“Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, jadi saya akan minta menteri dalam negeri berikan penjelasan kepada saya dan insya-Allah kalau saya kiranya perlu sesi penjelasan kita akan minta menteri datang untuk memberikan penjelasan (di Parlimen),” katanya sambil menyifatkan insiden berkenaan sebagai sesuatu di luar jangkaan.



Source link