Malaysia Oversight

Speaker DUN Perlis fail permohonan batal saman pemula 3 Adun

By MkiniBM in February 26, 2026 – Reading time 2 minute
Speaker DUN Perlis fail permohonan batal saman pemula 3 Adun


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan tiga bekas negeri itu di Mahkamah Tinggi Kangar.

Peguam yang mewakili Rus’sele, Wan Rohimi Wan Daud, berkata permohonan pembatalan berkenaan difailkan pada Isnin lalu.

Sementara itu, mengenai pengurusan kes saman pemula itu di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Mohamad Abazafree Mohd Abbas, melalui aplikasi Zoom petang tadi, Wan Rohimi berkata, mahkamah menetapkan tempoh hingga 25 Mac ini untuk pihak plaintif memfailkan jawapan terhadap afidavit Rus’sele.

“Mahkamah juga tetapkan tempoh untuk defendan membalas pada 15 April ini. Selanjutnya, satu prosiding (melalui) Zoom di hadapan hakim mahkamah tinggi untuk tetapkan bicara permohonan dan arahan berkaitan pada 16 April,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada Bernama malam ini.

Pada 2 Jan lalu media melaporkan tiga bekas ahli , Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, Fakhrul Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) memfailkan saman pemula terhadap Rus’sele kerana mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi yang diwakili mereka.

Rus’sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, Bintong dan DUN Guar Sanji pada 25 Dis tahun lalu ekoran tindakan memberhentikan keanggotaan ketiga-tiga terbabit.

Keputusan Rus’sele itu dibuat selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Perlis.

Keputusan itu susulan kenyataan Presiden Abdul Hadi Awang pada 24 Dis 2025 yang memaklumkan bahawa keahlian ketiga-tiga ADUN terbabit terhenti berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Tiga bekas ADUN itu diwakili Peguam Mohd Jamil Yaacob.

Bernama



Source link