SpaceX Mungkin Hilang Kontrak Misi NASA Ke Bulan Kerana Kelewatan Starship
Effi Saharudin
SpaceX menerima kontrak membina kenderaan mendarat ke permukaan bukan (LLM) untuk misi Artemis 3 yang ingin dilakukan oleh NASA. Tarikh asal misi mengembalikan semula manusia ke permukaan bulan ialah pada tahun 2024 sebelum ditangguhkan ke 2027. Isu utama ialah masalah roket Boeing SLS dan kapal angkasa SpaceX Starship. Walaupun 11 ujian pelancaran telah dilakukan, Starship masih mengalami kelewatan dengan ura-ura Artemis 3 mungkin ditangguhkan pula ke 2028.

Kerana kegagalan SpaceX menghasilkan Starship untuk misi ini, timbalan pengarah NASA Sean Duffy dipetik berkata kontrak Artemis 3 mungkin akan dibuka kepada syarikat lain. NASA perlu melancarkan Artemis 3 sebelum 2030 bagi memastikan ia dilakukan sebelum misi China ke bulan. Presiden Trump turut ingin ia dilakukan sebelum penghujung pentadbiran beliau yang berakhir pada Januari 2029.
SpaceX menerima kontrak asal Artemis 3 yang bernilai $2.9 bilion. Enam daripada sebelas misi ujian Starship berakhir dengan kegagalan dan semua ujian adalah menggunakan kapal angkasa bersaiz lebih kecil daripada sepatutnya.

Syarikat yang boleh merampas kontrak ini ialah Blue Origin milik Jeff Bezos. Kenderaan pendaratan bulan Blue Moon mereka lebih fleksibel kerana boleh dilancarkan menggunakan roket pihak ketiga Falcon Heavy, SLS, Vulcan, dan New Glenn. Disamping itu pasukan yang membina Blue Moon terdiri daripada Lockheed Martin, Northrop Grumman, dan Draper yang mempunyai kepakaran melancarkan misi ke angkasa lepas.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






