Malaysia Oversight

SpaceX Ingin Lancar Satu Juta Satelit Ke Orbit

By Amanz in February 2, 2026 – Reading time 1 minute
SpaceX Ingin Lancar Satu Juta Satelit Ke Orbit


SpaceX Ingin Lancar Satu Juta Satelit Ke Orbit

February 2, 2026
Aeronautik

Aman

SpaceX, syarikat memfokuskan eksplorasi angkasa dibawah Elon Musk, kini telah membuat permohonan ke pihak berkuasa Amerika Syarikat, untuk melancarkan satu juta satelit ke orbit Bumi. SpaceX dilihat ingin membangunkan “orbit pusat data”, dan melihatnya sebagai salah satu langkah yang menjimatkan untuk membangunkan pusat data bagi pengoperasian permintaan kecerdasan buatan yang meningkat dari hari ke hari.

Orbit Angkasa

Sistem baharu berkenaan kelak dijangka boleh tampung berbilion pengguna seluruh dunia. Ia turut diperkatakan akan menggunakan tenaga solar dalam beroperasi.

Apa pun, perkara ini turut menerima tentangan daripada sejumlah pihak, termasuk disebabkan ia akan memperlihatkan lambakkan objek diangkasa yang akan menganggu kajian berkenaan angkasa.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak berkuasa Amerika Syarikat akan memberikan kebenaran atau tidak, dan bagaimanakah reaksi negara lain berkenaan dengannya.

BBC



Source link