SpaceX Dilaporkan Akan Melabur $2 Bilion Pada Syarikat Kecerdasan Buatan, xAI
July 13, 2025
•
Aman
Syarikat aeroangkasa milik Elon Musk, iaitu SpaceX, kini dilaporkan memberikan komitmen untuk melabur sekitar $2 bilion pada syarikat kecerdasan buatan yang turut dimiliki oleh Elon Musk, iaitu xAI. Ia dikatakan SpaceX akan melabur menyertai beberapa pelabur dalam suntikan dana pelaburan baharu ke xAI.
Sebelum ini sendiri, Elon Musk telah menstruktur untuk xAI mengambil-alih dan bergabung dengan syarikat media sosial X, dan membentuk sebuah syarikat. Tidak setakat itu, Elon Musk juga telah mula melihat kepada integrasi Grok, chatbot yang dibangunkan xAI ke dalam Tesla, dan dikatakan akan menguasakan robot keluaran Tesla kelak.
Dengan langkah ini, Elon Musk dilihat mengintegrasikan syarikat antara satu sama lain. Grok dikatakan kini menguasakan sokongan khidmat pelanggan Starlink oleh SpaceX.
Buat masa ini, kedua-dua pihak SpaceX dan xAI tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.