Malaysia Oversight

Sony PlayStation 5 Telah Terjual Lebih 84.2 Juta Unit

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
Sony PlayStation 5 Telah Terjual Lebih 84.2 Juta Unit


Sony PlayStation 5 Telah Terjual Lebih 84.2 Juta Unit

November 11, 2025
e-Permainan
Sony

Effi Saharudin

Sony mengumumkan laporan kewangan mereka untuk Q3 2025 hari ini dan mengesahkan konsol PlayStation 5 telah terjual sebanyak 84.2 juta unit setakat ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 3.9 juta berbanding 80.3 juta yang dilaporkan pada bulan Ogos lalu.

PS5Pro

PS5 kini berada di kedudukan ke-9 konsol dengan jualan tertinggi di dunia atau ke tujuh tertinggi sekiranya konsol mudah alih tidak dimasukkan ke dalam senarai. Sony turut mengesahkan PlaySttaion. Network mempunyai 119 juta pengguna aktif bulanan sehingga penghujung September 2025. Sebanyak 80.3 juta permainan PS5 dan PS4 turut terjual dalam tempoh tiga bulan sebelum berakhirnya September 2025.

Ini adalah perkembangan positif untuk Sony kerana pesaing terhampir mereka Microsoft telahpun mengibarkan bendera putih dalam peperangan konsol. Sony kini hanya berdepan dengan Nintendo secara serius selepas Switch 2 akhirnya dilancarkan tahun ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link