Sokongan Windows 10 Ditamatkan Hari Ini
Effi Saharudin
Hari ini 14 Oktober 2025, sokong untuk Windows 10 telah ditamatkan secara rasmi oleh Microsoft. PC dengan Windows 10 masih boleh digunakan seperti biasa tetapi tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini ciri-ciri baharu ataupun tampalan sekuriti.

Pengguna dengan kelengkapan yang memenuhi kelayakan minima digalakkan untuk menaiktaraf sistem operasi ke Windows 11 dengan segara. Sekiranya PC anda tidak melepasinya, anda diberikan pilihan menyertai Windows 10 ESU (Extended Security Updates) yang memberikan kemas kini sekuriti sehingga 13 Oktober 2026 sahaja.
Anda perlu membayar $30 dolar atau menerima secara percuma dengan melakukan sandaran fail ke OneDrive atau menebusnya menggunakan 1000 markah Microsoft Points. Semua ini boleh dilakukan menerusi Settings > Update and Security > Windows Update > Windows 10 support ends in October 2025 > Enroll now .
Tindakan Microsoft menamatkan sokongan Windows 10 menerima kritikan kerana sekitar 41% PC di dunia masih lagi menggunakan sistem operasi yang dilancarkan lebih 10 tahun lalu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






