Sokongan Windows 10 Akan Ditamatkan Pada Minggu Hadapan
Aman
Bagi para pengguna sistem operasi Windows 10, ia kini diingatkan yang mana sokongan rasmi untuk sistem operasi berkenaan akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025, iaitu pada minggu hadapan.

Komputer dengan Windows 10 masih boleh digunakan seperti biasa selepas tarikh tersebut, tetapi tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini, termasuk kemaskini sekuriti. Sebagai alternaif, pengguna yang ingin kekal menggunakan Windows 10, boleh menyertai Windows 10 ESU (Extended Security Updates) yang memberikan kemaskini sekuriti untuk tempoh setahun lagi.
Atau sebaliknya, pengguna turut boleh memilih untuk menaik-taraf kepada Windows 11, dan menggunakan pelbagai ciri-ciri baharu yang disertakan bersama-sama dengannya.
Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan Windows 10?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






