Slaid Pembentangan Memperlihatkan Bagaimana MyKad Boleh Digunakan Di Pam Minyak
Nazrin
Pagi ini, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan program subsidi petrol BUDI95 yang menetapkan harga petrol RON95 ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia. Terkini, melalui sebuah perkongsian di platform media sosial, nampaknya syarikat pengeluar petroliam kebangsaan, Petronas sedang bersiap sedia untuk mengimplimentasi sistem pengesahan kad pengenalan di stesen-stesen minyak mereka.
Melalui satu perkongsian di laman media sosial Facebook, slaid pembentangan dibawah memperlihatkan sistem pengesahan bahawa pembaca kad kredit di pam petrol Petronas akan dilengkapi kebolehan pengesahan kad pengenalan untuk mendapatkan harga subsidi BUDI95.
Sebelum mengimbas kad kredit, pengguna akan perlu memasukkan MyKad mereka kedalam pembaca kad kredit, dimana ia akan membaca butiran pengguna, dan apabila disahkan, ia akan mengatakan bahawa anda layak untuk menerima harga subsidi untuk petrol RON95, dan anda akan boleh membayar untuk mengisi tangki minyak kereta.
Dalam pada itu, anda juga boleh memilih untuk membayar di kaunter di dalam Kedai Mesra, dimana terdapat sebuah terminal yang akan membaca kad pengenalan anda untuk mengesahkan kelayakan anda untuk menerima subsidi.

Dan seperti yang dikatakan, jika anda sudah melakukan pengesahan eKYC (Know Your Customer) pada aplikasi dompet digital dan petrol seperti Touch’n’Go eWallet, Setel dan CaltexGo, anda juga boleh menikmati harga subsidi petrol RM1.99 seliter. Perlu juga diingatkan bahawa terdapat had isian 300 liter setiap bulan untuk harga subsidi ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.