Malaysia Oversight

SKMM : Semua Platform Media Sosial Dengan 8 Juta Pengguna Dan Lebih Akan Disifatkan Berdaftar Bermula 1 Januari 2026

By Amanz in December 15, 2025 – Reading time 1 minute
Hanya TikTok, Telegram Dan WeChat Mendaftar Lesen Media Sosial Di Malaysia – Meta Dan Google Masih Belum Setakat 31 Ogos 2025


SKMM : Semua Platform Media Sosial Dengan 8 Juta Pengguna Dan Lebih Akan Disifatkan Berdaftar Bermula 1 Januari 2026

December 15, 2025
Lain-lain

Aman

Sejak 1 Januri 2025, telah melaksanakan proses perlesenan untuk perkhidmatan permesejan dan juga media sosial yang mempunyai 8 juta pengguna dan lebih. Ini sekaligus membuatkan perkhidmatan seperti Facebook, TikTok, dan lain-lain tertakluk untuk mendaftar bagi mendapatkan lesen operasi di Malaysia.

Media Sosial

Namun, hanya beberapa perkhidmatan sahaja yang mendaftar secara rasmi, dan terdapat sejumlah perkhidmatan media sosial tidak melakukannya. Dalam usaha mengatasinya, kini akan melaksanakan Peruntukan Deeming berkuat-kuasa 1 Januari 2026. Dibawahnya, semua penyedia perkhidmatan permesejan internet dan media sosial dengan lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia, akan disifatkan berdaftar dan tertakluk dibawah kerangka pelesenan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi.

Ini sekaligus memastikan perkhidmatan media sosial dan permesejan internet ini tertakluk dibawah perundangan serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan. Langkah ini turut memastikan platform sosial berkenaan mengambil tanggungjawab terutamanya melibatkan keselamatan pengguna, dan turut melindungi kanak-kanak dan keluarga.



Source link