Malaysia Oversight

SKMM Akan Bertemu Penyedia Platform Media Sosial Bagi Membincangkan Pelaksanaan eKYC

By Amanz in October 28, 2025 – Reading time 1 minute
Nepal Menarik Semula Halangan Media Sosial Selepas Rakyat Merusuh


SKMM Akan Bertemu Penyedia Platform Media Sosial Bagi Membincangkan Pelaksanaan eKYC

October 28, 2025
Aplikasi
Web 2.0

Amy Maizuraa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan pertemuan strategik dengan penyedia platform media sosial utama pada minggu hadapan bagi membincangkan pelaksanaan proses eKYC (electronic Know Your Customer) yang bertujuan mengukuhkan keselamatan pengguna dalam talian.

Media Sosial
Gambar sekadar hiasan

Pertemuan tersebut dijadual berlangsung di Singapura dan akan melibatkan penyertaan agensi-agensi yang berkaitan, serta wakil daripada syarikat teknologi global termasuk Meta, Google, X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) dan TikTok.

Pelaksanaan proses eKYC ini dilaksanakan bagi tujuan mengukuhkan keselamatan pengguna secara atas talian, terutamanya golongan bawah umur 16 tahun. Proses ini melibatkan penggunaan dokumen pengenalan rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID bagi memastikan pengesahan identiti dilakukan secara selamat.

Fahmi Fadzil
Gambar sekadar hiasan

Oleh itu, langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menangani isu kemudaratan digital termasuk ancaman pemangsa seksual dalam talian. SKMM menegaskan bahawa pelaksanaan eKYC akan mematuhi sepenuhnya Akta Perlindungan Data Peribadi bagi memastikan keselamatan maklumat pengguna sentiasa terpelihara.

The Star

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link