Malaysia Oversight

Skandal Sabah: Tiga, termasuk dua Adun bakal didakwa

By MkiniBM in June 18, 2025 – Reading time 2 minute
Skandal Sabah: Tiga, termasuk dua Adun bakal didakwa


SPRM hari ini mengesahkan bahawa dua Sabah dan seorang orang awam akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat berhubung skandal rasuah yang menggegarkan negeri itu tahun lalu.

Kes itu melibatkan isu berkaitan pemberian lesen perlombongan mineral di Sabah, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dan kritikan hebat terhadap ketelusan pengurusan sumber negeri.

79df9c5a875285670c93d7350bd6f1bd

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memaklumkan bahawa ketiga-tiga individu terbabit kini dalam proses pemanggilan bagi penahanan dan penetapan tarikh untuk didakwa di mahkamah.

“Ada dua suspek daripada kalangan dan seorang awam. Ketika ini kami sedang dalam proses untuk melaksanakan tangkapan dan memaklumkan tarikh kehadiran mereka ke mahkamah,” katanya yang dipetik Sinar Harian semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

Namun, menurut Azam, SPRM belum bersedia mengumumkan tarikh pendakwaan secara rasmi sehingga semua prosedur selesai dan kes itu akan dibawa ke muka pengadilan bulan ini.

Azam turut memaklumkan bahawa SPRM kini sedang menunggu tarikh perbicaraan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Sabah. Ketiga-tiga suspek, katanya, sedang melalui proses rakaman percakapan sebelum pendakwaan dibuat.

cd86a5a8d124dd48a9d4a11d6d01b2ed

Mengulas mengenai ketulenan video tular yang mengaitkan seorang dengan aktiviti rasuah, Azam berkata siasatan SPRM tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan visual tersebut.

“Saya tidak boleh ulas lanjut mengenai video itu kerana ia boleh menjadi subjudis. Tetapi SPRM tidak hanya bergantung kepada satu jenis bukti – sama ada video itu tulen atau tidak, kami juga menilai keterangan lain,” jelas beliau.

Beliau menekankan bahawa siasatan SPRM turut menilai keterangan individu terbabit dan bukan hanya bersandarkan kepada rakaman audio visual.

“Mesin mungkin mampu merakam, tetapi manusia yang sahkan kandungan. Justeru, penilaian bukti perlu menyeluruh dan teknikal,” tambah Azam.

Sementara itu akhbar New Straits Times melaporkan Adun Sindumin Yusof Yacob dilihat di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

2bac7babb962c171fac3f819c51d9097

Yusof, yang juga pengerusi Qhazanah Sabah, dilaporkan dipanggil untuk memberi kenyataan.

Dia dilaporkan tiba di pejabat SPRM Sabah di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu sekitar jam 8.45 pagi.

Difahamkan, Yusof merupakan antara dua Adun yang dipanggil untuk memberi kenyataan hari ini. Bagaimanapun, individu kedua masih belum muncul.

Semalam, SPRM sekali lagi mengarahkan pemberi maklumat yang mendedahkan skandal rasuah lesen mineral untuk merakamkan kenyataannya.

8e11d74e1e017259bbce0de7ce6f5227

Sebelum ini, ahli perniagaan itu mendedahkan beberapa klip video yang didakwa membabitkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan beberapa Adun.

Pada 6 Jun lalu, Azam mengesahkan bahawa SPRM telah melengkapkan kertas siasatannya dan telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan.

Sejak November tahun lalu, pemberi maklumat telah menndedahkan beberapa siri rakaman video dan mesej yang dikatakan membuktikan bahawa wakil rakyat Sabah, termasuk speaker DUN, terlibat dalam gejala rasuah.

50efe8d52e8617d5396ac854fa116dd2

Pemberi maklumat itu mendakwa dia sendiri memberi sogokan untuk mendapatkan lesen carigali mineral tetapi memutuskan untuk tampil selepas lesen itu dibatalkan.

Sebagai tindak balas, Hajiji menuduh pemberi maklumat bersubahat dengan pihak-pihak yang ingin menjejaskan kestabilan pentadbirannya.

Sementara itu, pemberi maklumat itu, berdepan dakwaan balas cubaan memonopoli sektor perlombongan Sabah melalui cara penipuan.



Source link