Malaysia Oversight

Skandal Sabah: Pengundi akan beri hukuman pada PRN

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 3 minute
Skandal Sabah: Pengundi akan beri hukuman pada PRN


Pengundi Sabah akan “memberi hukuman” mereka dalam pilihan raya negeri akan datang, berikutan kegagalan bertindak dalam isu “skandal rasuah besar-besaran”, kata Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik di Facebook semalam, Ahli Parlimen Beluran itu mengulas mengenai ketiadaan pendakwaan rasuah terhadap beberapa pemimpin Sabah, susulan siri pendedahan video berkaitan dengan skandal perlombongan di negeri berkenaan

“Kamu fikir rakyat tidak lihat video itu? Bahawa ini tidak akan menjadi faktor dalam memilih negeri pada masa depan? Rakyat pasti akan melihatnya.

“Saya kata tak mengapa… biar rakyat jadi hakim. Penghakiman akan dibuat rakyat di kertas undi pada pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Rakaman yang muncul sejak November lalu telah mendedahkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri () Sabah yang didakwa dalam video menerima rasuah, diikuti oleh enam individu lagi yang turut dikaitkan beberapa bulan kemudian.

9ce231c686695f2dd7023bdfc9ad9b85
Azam Baki (kiri) bersama Tei

Pada bulan Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata hanya dua individu didakwa buat masa ini, sementara timbalan pendakwa raya akan membuat keputusan mengenai yang lain kemudian.

Pelbagai pihak sejak itu berulang kali mendesak Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk segera membuat keputusan sama ada mahu mendakwa enam individu yang masih terlibat dalam skandal tersebut sebelum pilihan raya negeri yang semakin hampir.

Dewan Undangan Negeri Sabah sedia ada akan terbubar secara automatik pada 11 November bagi pilihan raya negeri ke-17.

Dalam videonya, Kiandee juga mengkritik sikap Perdana Menteri Ibrahim yang menolak pendedahan video tersebut, dan menyifatkan kelewatan bertindak sebagai mengamalkan “penganiayaan terpilih”.

“Nampaknya, ada juga enam lagi video yang masih belum didedahkan. Jadi (secara keseluruhan), 14 wakil (Gabungan Rakyat Sabah) telah dirakam dalam video, mengaku menerima rasuah… Ini besar-besaran… setakat ini, dua daripada mereka sudah didakwa di mahkamah, tetapi masih ada enam lagi.

“Ketika saya di Parlimen, saya bertanya terus kepada perdana menteri tentang apa yang berlaku kepada enam yang lain, tetapi PM berkata bahawa bukti yang lebih konkrit masih diperlukan.

f150215363d45376797733e78c323309

“Mengapa ia seolah-olah penganiayaan terpilih, saya tak tuduh tapi seolah-olah,” katanya.

sebelum ini menolak bukti terhadap enam tersebut sebagai sekadar khabar angin – satu kenyataan yang mendapat kritikan tajam daripada ahli perniagaan Albert Tei, pemberi maklumat yang mendedahkan skandal itu.

Tahun lalu, Tei menyerahkan rakaman penuh, sebuah telefon bimbit, dan 300 muka surat dokumen kepada SPRM.

-Adun yang terlibat dari GRS, yang merupakan gabungan parti memerintah dan sekutu kepada Pakatan Harapan (PH) pimpinan , yang dinamakan termasuk Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan negeri Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi negeri Arifin Arif, yang juga menantu kepada bekas Yang DiPertua Negeri Sabah, Musa Aman, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kadzim Yahya.

24cbe3a25871f782201eb64125f01ef1

Pada bulan Jun, Malaysiakini seterusnya mendedahkan bahawa enam lagi ahli politik turut didakwa terlibat dalam skandal itu, termasuk pemimpin tertinggi Star dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kedua-duanya komponen parti kerajaan negeri GRS. Mereka termasuk Presiden Star Jeffrey Kitingan dan timbalannya, Ellron Alfred Angin dan Robert Tawik, bersama pemangku presiden PBS Joachim Gunsalam, pendahulunya Maximus Ongkili, dan timbalan presiden Jahid Jahim.

Adun lain adalah Masiung Banah (Kuamut) dan Arsad Bistari (Tempasuk).



Source link