Malaysia Oversight

Siri vivo X300 – Gabungan Teknologi Pengimejan Canggih Dengan Sistem Operasi Terkini

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 6 minute
Siri vivo X300 – Gabungan Teknologi Pengimejan Canggih Dengan Sistem Operasi Terkini


Siri vivo X300 – Gabungan Teknologi Pengimejan Canggih Dengan Sistem Operasi Terkini

November 10, 2025
Vivo

Amy Maizuraa

Dalam dunia teknologi yang terus berkembang, vivo komited untuk membawa inovasi kepada pengguna. Melalui pengenalan siri X300, vivo menawarkan gabungan kamera berprestasi tinggi serta sistem operasi OriginOS 6 yang boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa. Dengan itu, siri X300 menjadi pilihan tepat bagi mereka yang mengutamakan fungsi pintar dalam sebuah peranti yang hadir dengan rekaan moden.

OriginOS 6 redefines smoothness

Baru-baru ini, kami menghadiri sesi perkongsian eksklusif bersama wakil vivo bagi mengenali dengan lebih dekat teknologi kamera siri X300 serta kelebihan OriginOS 6. Peranti dilengkapi dengan keupayaan pengimejan profesional berasaskan kecerdasan buatan yang membolehkan rakaman gambar dan video yang jelas serta menarik dalam pelbagai keadaan termasuk cahaya rendah, objek bergerak pantas dan juga suasana mencabar.


Kualiti Rakaman Yang Dipertingkatkan

Melalui gabungan inovasi kamera dan sistem operasi yang canggih, vivo X300 memberikan pengalaman penggunaan yang responsif dan menyeronokkan. Ia direka khusus bagi memenuhi keperluan pengguna moden yang mementingkan prestasi, gaya kontemporari serta keupayaan pintar dalam satu peranti yang lengkap dan serba boleh.

image 12 edited

vivo baru sahaja meraikan ulang tahun ke-30 yang juga menandakan tiga dekad pencapaian dalam dunia teknologi mudah alih. Sejak 12 tahun yang lalu, vivo telah memberikan tumpuan terhadap pembangunan sistem kamera dan hasilnya sistem pengimejan mudah alih telah menjadi teras utama dalam usaha inovasi mereka.

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai strategi peningkatan telah dilaksanakan. vivo turut berkembang daripada sekadar menghasilkan alat pengimejan kepada menjadi pembawa nilai budaya. Di samping itu, mereka telah beralih daripada satu babak kepada penyampaian imej yang lebih mendalam, dan daripada kepakaran teknikal kepada penerimaan yang lebih meluas dalam kalangan pengguna.

image 17

Pendekatan ini seterusnya berkembang daripada teknologi tunggal kepada ekosistem terbuka yang menyokong inovasi bebas serta kerjasama strategik. Oleh yang demikian, vivo terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri pengimejan mudah alih.

Imaging KV 1

Antara pencapaian utama vivo termasuk pembangunan BlueImage Algorithm Matrix serta cip pengimejan Blue Image Pro yang secara langsung meningkatkan keupayaan pengimejan pada tahap profesional. Di samping itu, vivo turut menjalinkan kerjasama strategik bersama ZEISS melalui inisiatif penyelidikan dan pembangunan bersama. Hasilnya, terciptalah sistem kamera 200MP ZEISS APO Super Telephoto yang menawarkan prestasi optik bertaraf tinggi setanding dengan keperluan fotografi profesional.

Kerjasama turut diperluaskan melalui hubungan erat dengan pihak industri teknologi, pengeluar sensor dan institusi akademik.Hasil gabungan kepakaran pelbagai pihak membolehkan vivo memperkenalkan teknologi yang bukan sahaja canggih bahkan relevan dengan keperluan pengguna moden.

image 2

Siri X300 menjadi lambang kemuncak evolusi teknologi vivo. Ia menggabungkan sistem kamera pintar, cip pengimejan canggih serta sistem operasi OriginOS 6 yang diperibadikan bagi memenuhi keperluan pengguna moden. Peranti ini bukan sekadar alat komunikasi, malah merupakan cerminan falsafah inovasi vivo terhadap masa depan pengimejan mudah alih yang serba lengkap dan didorong oleh kemajuan teknologi terkini.

image 9

Dalam aspek pengimejan mudah alih, vivo menetapkan penanda aras baharu melalui pelancaran X300 Pro yang dilengkapi dengan lensa telefoto ZEISS APO generasi keempat. Lensa berprestasi tinggi ini dibangunkan hasil lebih 930 hari penyelidikan dan pembangunan serta menampilkan teknologi VCS Bionic Spectrum.

Inovasi ini secara langsung meningkatkan kepekaan spektrum kuantum kecekapan sensor, seterusnya mempertingkat prestasi pengimejan dalam pelbagai keadaan pencahayaan seperti suasana malap, terang mahupun bercampur dengan ketepatan warna yang mengagumkan.

image 3

Kerjasama erat antara vivo dan Samsung juga telah menghasilkan sensor imej 200MP berprestasi tinggi yang digunakan dalam sistem telefoto jarak pertengahan pada vivo X300 Pro.

Sensor ini dikenali sebagai Samsung HPB, dan ia digabungkan dengan algoritma BlueImage serta teknologi VCS. Gabungan ini sekaligus menghasilkan indeks nisbah isyarat kepada hingar (SN10) yang lebih tinggi, yang memberikan prestasi pengimejan yang lebih tajam.

Gabungan teknologi canggih inilah yang menjadikan X300 Pro lebih daripada sekadar peranti. Malah ia berfungsi sebagai sistem pengimejan berprestasi tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan pencipta kandungan, jurugambar dan pengguna yang mengutamakan kualiti imej terbaik dalam setiap rakaman.

image 5

Seterusnya, vivo X300 Pro hadir dengan sistem kamera ZEISS APO Telefoto 200MP ACMEA yang dilengkapi dengan modul periskop terapung 1G + 5P. Modul ini menggabungkan satu elemen kaca dan lima elemen plastik bagi menghasilkan imej yang lebih jelas serta bantu mengurangkan herotan optik dengan lebih berkesan.

Industry Leading Video Performance KV 1

Selain itu, sistem ini turut disokong oleh lensa khas berasaskan fluorit FCD100 yang mempunyai keupayaan penyebaran cahaya ultra rendah. Ciri ini berfungsi untuk mengurangkan kesan warna yang tidak tepat pada bahagian tepi imej sekaligus meningkatkan ketepatan warna dalam setiap tangkapan

Bagi memastikan kualiti lensa berada pada tahap terbaik, sistem ini menggunakan salutan khas ZEISS T* yang bantu menghilangkan pantulan cahaya, serta meningkatkan kejelasan imej. Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan seni bina algoritma baharu yang direka khusus untuk kamera telefoto bagi menyokong pemprosesan imej jarak jauh dengan lebih cekap.

image 10

Teknologi pemulihan imej dalam vivo X300 Pro telah dipertingkat melalui gabungan NICE 3.0 Optical Reconstruction Engine dan MAGIC 2.0 Image Restoration Engine. Gabungan ini membolehkan peningkatan kejelasan dan ketepatan visual imej sehingga 30% di samping memberikan peningkatan hasil rakaman sebanyak 10% secara keseluruhan.

Dengan bantuan AI Large Module, sistem ini boleh menyesuaikan peningkatan imej mengikut keadaan cahaya untuk memastikan setiap gambar kelihatan berkualiti. Sementara itu, kamera HP 8 ZEISS APO Telephoto dalam X300 Pro turut menyokong teknologi NICE 3.0 dan MAGIC 2.0 yang membolehkan zum optik sehingga 20 kali ganda serta meningkatkan rakaman zum sebanyak 20% berbanding jenama lain.

image 1

vivo juga bawa teknologi baru Super Telephoto Air Cutter 10–30x. Ia gabungkan beberapa teknik pintar seperti analisis tugas kecil, kenal pasti objek, anggaran jarak dan pemahaman suasana. Semua ni bantu hasilkan gambar zum yang lebih jelas.

image 4

Selain itu, ada juga simulasi bokeh cahaya ala ZEISS Mirotar yang menambah kesan cahaya latar supaya nampak lebih realistik. Kemas kini pada perisian extender pula menjadikan sistem ini serasi dengan lebih banyak model dan menyokong resolusi landskap yang lebih tinggi. Dengan peningkatan jumlah data latihan sebanyak 300%, AI dalam sistem ini jadi lebih tepat dan pintar dalam menghasilkan imej berkualiti.

image 6

Dalam aspek video, vivo X300 Pro menyokong ciri 4K Variable Dual-Video Viewing yang membolehkan pengguna menyunting klip 4K dengan lebih mudah dan bebas. Ia juga menyokong rakaman 4K pada 120FPS termasuk mod LOG dan rakaman telefoto video untuk hasil yang lebih sinematik dan bebas.

image 16

Mod potret turut dipertingkatkan dengan 200MP Ultra Portrait yang dikatakan 36% lebih baik, serta menampilkan hasil yang lebih semula jadi. Ia menggunakan nisbah keseimbangan kecantikan dengan 70% keaslian, dan 30% penambahbaikan warna sekaligus bantu mengurangkan kabur dan mengekalkan tekstur wajah dengan lebih baik.

image 7

Semua inovasi ini terhasil daripada kerjasama selama tiga tahun antara vivo dan MediaTek melalui sinergi dwi-cip iaitu gabungan BlueChip dan Dimensity 9500. Hasilnya, mereka berjaya membangunkan enjin pemprosesan potret video Imagic Portrait Rendering Engine yang menjadikan vivo X300 Pro antara peranti terbaik untuk penghasilan potret video masa kini.

image 11

OriginOS 6 Kini Disediakan Untuk Semua

Dalam acara yang sama, vivo turut memperkenalkan OriginOS 6 sebagai sistem operasi baharu yang kini tersedia untuk pasaran global termasuk Malaysia. Sebelum ini hanya ditawarkan di , kini pengguna di seluruh dunia boleh menikmati teknologi premium vivo dengan pengalaman yang lebih menyeluruh.

image 14

Melalui langkah ini, vivo bukan sahaja menggantikan FuntouchOS sepenuhnya, malah membawa sistem yang lebih pintar, lancar dan diperibadikan. Setiap ciri dalam OriginOS 6 dirancang dengan teliti agar sesuai dengan gaya hidup moden yang sentiasa berubah. Ciri baharu yang disediakan termasuklah:

image 13
  • Origin Smooth Engine – Menyediakan prestasi sistem yang lebih stabil dan lancar bagi memastikan pengalaman penggunaan kekal pantas dan responsif sepanjang masa.
  • Flip Cards – Memudahkan akses cepat kepada maklumat penting seperti notifikasi, cuaca dan kalender melalui paparan kad interaktif yang boleh dilihat dan dikawal dengan mudah.
  • Origin Island – Menjadi pusat kawalan peribadi yang boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut keperluan harian dan gaya penggunaan individu.
image 15 edited
  • vivo Office Kit – Selaraskan fail dan tugas antara telefon serta komputer, termasuk MacBook, dengan mudah, sekali gus membantu pengguna sentiasa produktif di mana sahaja.
  • AI pintar dan pengurusan kuasa dipertingkatkan – Sistem ini belajar daripada corak penggunaan harian untuk tingkatkan prestasi dan jimatkan bateri, jadi sesuai untuk pengguna aktif yang sentiasa bergerak.
  • One Tap Transfer – Kongsi fail dengan secara mudah dan pantas melalui aplikasi Easy to Share. Namun, kedua-dua peranti perlu berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.
  • Dual-View Stage Video – Merakam aksi dan reaksi secara serentak menggunakan kamera depan dan belakang, lalu menjadikan telefon seolah-olah studio mini dalam poket.
image 8 edited

Kesemua ciri menarik ini akan hadir bersama model baharu siri vivo X300 yang bakal dilancarkan di Malaysia. Dengan teknologi pintar dan sistem operasi yang dipertingkatkan, siri vivo X300 pastinya menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, peribadi dan berkuasa. 

Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link