Malaysia Oversight

Siri Realme GT8 Kini Rasmi – Kamera 200MP Ricoh Dan Bonggol Boleh Ditanggalkan

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 2 minute
Siri Realme GT8 Kini Rasmi – Kamera 200MP Ricoh Dan Bonggol Boleh Ditanggalkan


Siri Realme GT8 Kini Rasmi – Kamera 200MP Ricoh Dan Bonggol Boleh Ditanggalkan

October 21, 2025
Lain-lain
Realme

Amy Maizuraa

Realme telah melancarkan telefon pintar terbarunya realme GT 8 dan realme GT 8 Pro di . Kedua-dua model hadir dengan rekaan baharu termasuk bonggol kamera yang boleh ditanggalkan dan diubah suai mengikut kesesuaian. Menariknya, ia merupakan peranti pertama Realme yang menampilkan kerjasama dengan Ricoh untuk teknologi kameranya.

1760409387538985b6a2709934b54a3e33704281862d2 edited

Bahagian paling menarik ialah rekaan yang digelar Realme sebagai ‘New Mechanical Assembly Design’. Ia membolehkan bonggol kamera ditanggalkan dan diganti dengan pelbagai rekaan lain.

Antara pilihan tersedia termasuk Functional Robot dengan skru berbentuk bintang, Classic Round Deco dengan kemasan bulat, Square Deco yang menggunakan panel logam dan Transparent Rubik’s Cube yang menyerupai robot memakai topi keledar angkasa.

Inilah Cara Bonggol Kamera Realme GT 8 Pro Boleh Ditukar Ganti 5

Realme GT8 Pro hadir dengan skrin rata 6.79″ 2K Sky Dome OLED yang menyokong kadar segar semula 144Hz.

Ia menggunakan teknologi Q10 + BOE Custom Luminous Materials dengan kecerahan sehingga 7000 nits (puncak), 2000 nits (global), 1000 nits (manual) dan 4000 nits (di bawah cahaya matahari) untuk paparan warna yang lebih realistik.

Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.1.

realma GT8 pro 002 12

Realme GT8 Pro dilengkapi sistem penyejukan Ultra-Coverage Cold Front Cooling VC 7000mm² yang terbesar pernah digunakan oleh Realme setakat ini untuk pengaliran haba lebih baik.

Ia turut disertakan cip grafik R1 yang menyokong lebih 100 permainan dengan kualiti imej tinggi dan penggunaan kuasa rendah. Telefon ini juga menampilkan pembesar suara berkembar Dual 1115E dengan teknologi N’Bass.

Selain itu, ia dilengkapi motor getaran 0816 AAC Ultra-Wideband Pulse Motor dengan teknologi ESA generasi ketiga untuk getaran 4D yang lebih realistik semasa bermain permua.

realma GT8 pro 002 11

Sistem kamera Realme GT8 Pro terdiri daripada kamera utama 50MP Ricoh anti-silau dengan sensor 1/1.56″ OIS, ultra-lebar 50MP serta periskop telefoto 200MP Samsung HP5 dengan 3x zum optikal dan sehingga 120x zum hibrid.

Ini juga merupakan peranti pertama Realme dengan kamera Ricoh di mana menawarkan ciri tambahan seperti True 200MP Mode, 8K Ultra-HD Photo dan telefoto jarak dekat 25cm. Kamera hadapan pula beresolusi 32MP.

1760409387538985b6a2709934b54a3e33704281862d2 edited 1

Peranti ini dilengkapi bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 100W dan nirwayar 50W. Ciri tambahan lain termasuk pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, sensor inframerah, pembesar suara stereo, serta ketahanan IP66, IP68 dan IP69.

Siri Realme GT8 Kini Rasmi 009 edited

Realme GT8 turut berkongsi banyak spesifikasi dengan model Pro termasuk skrin 6.79″ 2K+ OLED (1440 x 3136 piksel) dengan kecerahan puncak sehingga 7000 nits. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan 1TB.

Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP Ricoh GR anti-silau dengan OIS, ultra-lebar 8MP serta periskop telefoto 50MP dengan zum optikal 3x dan zum hibrid 120x. Kamera swafoto beresolusi 16MP. Peranti juga dilengkapi bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 100W namun tidak menyokong pengecasan nirwayar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link