Siri Realme 15 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 September 2025
Amy Maizuraa
Realme Malaysia mengesahkan bahawa peranti terbaharu mereka siri Realme 15 akan dilancarkan secara rasmi pada 18 September 2025. Dikenali sebagai ‘Ultimate AI Party Phone’, peranti ini dijangka memberi tumpuan kepada sistem kamera berasaskan kecerdasan buatan yang dipertingkatkan.

Langkah ini selari dengan pendekatan Realme dalam siri nombor mereka yang sering memberi fokus terhadap keupayaan sistem kamera dan prestasi keseluruhan. Realme 15 Pro akan menampilkan bateri berkapasiti besar 7000mAh yang dimuatkan dalam tubuh yang nipis.
Selain itu, realme akan menawarkan dua pilihan warna menarik iaitu ‘Flowing Silver’ yang menggunakan kemasan berkilaun dan ‘Velvet Green’ pula tampil dengan kemasan premium. Siri ini akan hadir dalam dua model berbeza namun spesifikasi dalaman masih belum didedahkan buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.