Razer memperkenalkan Kraken Kitty V3 Pro dan V3 X dengan reka bentuk telinga kucing ikonik, gaya lebih comel serta prestasi audio berkualiti tinggi.

Kraken Kitty V3 Pro direka khusus untuk pencipta kandungan dan gamers tegar yang mahukan prestasi audio terbaik. Ia menyokong tiga jenis sambungan iaitu Razer HyperSpeed Wireless 2.4GHz untuk audio latensi rendah, sambungan Bluetooth 5.3 untuk kegunaan mudah alih dan USB-A berwayar untuk sesi permainan yang stabil. Ia juga tampil dengan rekaan ikonik telinga kucing bercahaya yang bertindak balas secara langsung terhadap permainan melalui teknologi Razer Chroma RGB.

Dari segi audio, Kraken Kitty V3 Pro dilengkapi mikrofon boleh laras Razer HyperClear Super Wideband untuk suara yang jelas, pemacu Razer TriForce Titanium 40mm serta sokongan THX Spatial Audio untuk pengalaman bunyi yang lebih imersif. Kusyen telinga diperbuat daripada kulit tiruan yang lembut untuk memberikan keselesaan berpanjangan dan membantu mengurangkan gangguan bunyi luar secara berkesan.

Turut diperkenalkan ialah Kraken Kitty V3 X iaitu versi asas yang ringan dengan berat hanya 270 gram. Ia dilengkapi mikrofon Razer Hyper Clear Cardioid, pemacu audio bersaiz 40mm dan teknologi 7.1 Surround Sound untuk pengalaman audio lebih imersif. Sambungan 3.5mm disertakan membolehkan ia digunakan dengan pelbagai peranti.
Di Malaysia, Kraken Kitty V3 X dijual pada harga RM299 manakala versi Pro masih belum tersedia buat masa ini.