Siri Konsol Mudah Alih ASUS ROG Xbox Ally Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada 3 Oktober Ini
Nazrin
Pada bulan lepas kami telah melaporkan bahawa konsol permainan PC mudah alih ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X akan mula dijual pada 16 Oktober ini. Perkara tersebut dilihat mungkin masih benar, tetapi kita kini tahu bahawa ASUS Malaysia akan memperkenalkan produk ini untuk pasaran tempatan melalui sebuah acara penstriman pada 3 Oktober ini.
Melalui hantaran yang diperlihatkan pada laman Facebook ASUS Republic of Gamers, satu acara penstriman pelancaran untuk pasaran Malaysia telah diperlihatkan dan akan berlangsung pada jam 8 malam pada laman Facebook tersebut.
ASUS ROG Xbox Ally dilengkapi skrin 7″ FHD 120Hz dengan sokongan FreeSync Premium, dijana cip AMD Ryzen Z2 A, memori 16GB LPDDR5X-6400 RAM, storan 512GB M.2 2280 SSD dan bateri 60Wh. Terdapat 2x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DisplayPort 2.1, pembaca kad UHS-II microSD dan satu bicu audio 3.5mm. Storan SSD boleh digantikan sendiri oleh pengguna.

ASUS ROG Xbox Ally X pula dilengkapi skrin 7″ FHD 120Hz dengan sokongan FreeSync Premium, dijana cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme, memori 24GB LPDDR5X-8000 RAM, storan 1TB M.2 2280 SSD dan bateri 80Wh. Terdapat 1x USB-Thunderbolt 4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DP 2.1, pembaca kad UHS-II microSD dan satu bicu audio 3.5mm. Storan SSD juga boleh digantikan sendiri oleh pengguna.
Berdasarkan imej promosi yang diperlihatkan, kedua-dua konsol ini akan diperlihatkan sewaktu acara pengumuman tempatan tersebut. ASUS Malaysia juga dijangka akan memperlihatkan tanda harga dan pengesahan tarikh jualan kedua-dua konsol ini. Sama-sama kita tunggu kehadirannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.