Malaysia Oversight

Siri Huawei Watch GT 6 Kini Dilancarkan – Bateri Tahan Sehingga 21 Hari, Pratempahan Awal Telah Dibuka

By Amanz in September 20, 2025 – Reading time 3 minute
Siri Huawei Watch GT 6 Kini Dilancarkan – Bateri Tahan Sehingga 21 Hari, Pratempahan Awal Telah Dibuka


Siri Huawei Watch GT 6 Kini Dilancarkan – Bateri Tahan Sehingga 21 Hari, Pratempahan Awal Telah Dibuka

September 20, 2025
Huawei

Amy Maizuraa

Huawei telah melancarkan dua jam tangan pintar baharu iaitu Huawei Watch GT 6 dan GT 6 Pro. Kedua-duanya tampil dengan rekaan moden, skrin AMOLED yang jelas, bateri tahan lama dan ciri kesihatan serta sukan yang lebih baik.

GT 6 Pro v

Huawei GT 6 Pro hadir dalam tiga warna iaitu Black, Brown dan Titanium dengan kerangka aloi titanium yang Tahan lasak. Tali jam ditawarkan dalam tiga jenis mengikut warna seperti Fluoroelastomer hitam, tenunan komposit coklat dan titanium.

GT 6 Pro A

Jam ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.47-inci dengan resolusi 466 × 466 piksel dan kecerahan puncak 3000 nits. Teknologi bateri baharu dengan kandungan silikon lebih tinggi bantu meningkatkan kepadatan tenaga sebanyak 37%. Bateri mampu bertahan sehingga 21 hari untuk penggunaan ringan, 12 hari untuk penggunaan biasa dan 7 hari dengan paparan sentiasa aktif.

Sensor yang disertakan termasuk ECG, suhu, kadar denyutan jantung, barometer dan cahaya ambien. Ia juga dilengkapi sensor TruSense yang lebih tepat untuk aktiviti berbasikal dan larian denai. Sistem penjejakan lokasi yang dipertingkatkan membolehkan paparan metrik seperti kecerunan semasa, purata kecerunan dan julat kecerunan.

GT 6 PRO 6

Ciri baharu seperti penjejakan kayuhan berkumpulan membolehkan pengguna melihat lokasi dan status semasa ahli kumpulan secara langsung. Jam ini juga menyokong sambungan ke sensor pihak ketiga seperti meter kuasa dan sensor kelajuan. Meter kuasa maya terbina membolehkan pengguna melihat kuasa semasa dan purata ketika berbasikal tanpa peranti tambahan.

Antara ciri tambahan lain ialah mod khas untuk pengguna kerusi roda, peta aktiviti golf dan sokongan menyelam sehingga 40 meter dengan piawaian EN13319. Jam ini kalis air IP69 dan 5 ATM tetapi tidak sesuai untuk mandi air panas, sauna atau menyelam melebihi 40 meter. Dari segi sambungan, Huawei GT 6 Pro menyokong NFC, GNSS pelbagai jalur dan dilengkapi pembesar suara serta mikrofon untuk panggilan Bluetooth.

GT 6 0

Huawei Watch GT 6 hadir dalam dua saiz iaitu 46 mm dan 41 mm. Kedua-dua model menggunakan skrin AMOLED beresolusi 466 × 466 piksel. Versi 46 mm dilengkapi skrin 1.47 inci dengan ketumpatan 317 PPI, manakala versi 41 mm menggunakan skrin 1.32 inci dengan ketumpatan 352 PPI. Kerangka jam diperbuat daripada keluli tahan karat dan ditawarkan dengan pilihan tali seperti Fluoroelastomer, tenunan komposit, kulit komposit dan Milanese.

GT 6 00

Jam ini dilengkapi sensor seperti accelerometer, gyroscope, magnetometer, kadar denyutan jantung optikal, barometer, suhu dan cahaya ambien. Model 46 mm menawarkan ketahanan bateri sehingga 21 hari untuk penggunaan ringan dan 12 hari untuk penggunaan biasa. Model 41 mm pula mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan ringan dan 7 hari untuk penggunaan biasa.

GT 6 000

Sama seperti versi Pro, Huawei turut menaik taraf sensor dan algoritma TruSense. Fokus utama generasi ini ialah aktiviti berbasikal serta larian denai dengan ketepatan kadar denyutan jantung sehingga 98% untuk berbasikal dan 95% untuk larian denai. Jam ini juga menyokong sambungan ke pelbagai sensor pihak ketiga seperti sensor kelajuan, meter kuasa dan sensor kayuhan.

Jam ini menyokong kalis air 5 ATM dan IP69 yang sesuai untuk aktiviti berenang. Ia juga menyokong NFC, Bluetooth 6.0 dan GNSS pelbagai jalur termasuk GPS, GLONASS, BeiDou, GALILEO, QZSS dan NavIC. Huawei Watch GT 6 turut dilengkapi pembesar suara dan mikrofon untuk panggilan Bluetooth.

IMAGE 1 3 1

Pratempahan awal untuk Huawei Watch GT 6 kini dibuka di Malaysia dengan pelbagai tawaran menarik. Dengan bayaran deposit RM50, anda berpeluang menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM446. Hadiah ini termasuk HUAWEI FreeBuds 6i serta langganan HUAWEI Health+ selama 3 bulan. Tawaran ini boleh didapati di semua HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Official TikTok Shop.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link