Malaysia Oversight

Siri Honor Magic8 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Kamera Telefoto 200MP

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 2 minute
Siri Honor Magic8 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Kamera Telefoto 200MP


Siri Honor Magic8 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Kamera Telefoto 200MP

October 15, 2025
Honor

Amy Maizuraa

Honor telah melancarkan telefon mercu terbaharunya Magic8 di sebentar tadi. Ia hadir dalam dua pilihan model dengan masing-masing dilengkapi teknologi terkini serta reka bentuk yang kemas.

Honor Magic 8 pro 9

Honor Magic8 Pro hadir dengan skrin OLED 6.71 inci FHD+ serta kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia menyokong paparan sehingga 1.07 bilion warna dan kecerahan maksimum 6000 (HDR) manakala 1800 nits untuk kegunaan biasa. Skrin juga dilindungi oleh kaca Giant Rhinoceros dan menyokong sentuhan sehingga 10 jari.

Honor Magic 8 6

Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM serta storan dalaman 1TB. Ia dilengkapi tri-kamera belakang yang terdiri daripada utama 50MP dengan sokongan OIS, ultra lebar+ makro 50MP dan telefoto 200MP dengan zum optikal 3.7x serta zum digital 100x. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP dan disertakan kamera kedalaman 3D.

Honor Magic 8 78

Honor Magic8 Pro dilengkapi bateri 7200mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 120W, nirwayar 80W dan menyokong pengecasan berbalik. Selain itu, ia menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16 yang hadir dengan pelbagai ciri pintar seperti terjemahan AI, pengurusan privasi, mod komputer, kawalan suara dan banyak lagi.

Honor Magic 8 88

Honor Magic8 dilengkapi dengan skrin OLED 6.58 inci FHD+ serta menyokong kadar segar semula 20Hz. Ia turut menyokong paparan sehingga 1.07 bilion warna dengan kecerahan maksimum 6000 nits (HDR) dan 1800 nits (penggunaan biasa). Selain itu, skrin ini dilindungi oleh kaca Giant Rhinoceros dan menyokong sentuhan sehingga 10 jari.

Honor Magic 8 8

Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Ia turut dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang merangkumi utama 50MP dengan sokongan OIS, ultra lebar dan makro 50MP serta telefoto 64MP dengan zum optikal 3x dan zum digital 100x. Sementara itu, kamera hadapan menggunakan sensor 50MP.

Honor Magic8 turut menggunakan bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas berwayar 90W dan nirwayar 80W. Ia juga menjalankan sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16 yang dilengkapi pelbagai ciri pintar. Harga penuh kedua-dua peranti adalah seperti berikut:

Honor Magic 8

  • 12GB + 256GB – ¥4499 (~RM2,669)
  • 12GB + 512GB – ¥4799 (~RM2,847)
  • 16GB + 512GB – ¥4999 (~RM2,965)
  • 16GB + 1TB – ¥5499 (~RM3,262)

HONOR Magic8 Pro

  • 12GB + 256GB – ¥5699 (~RM3,381)
  • 12GB + 512GB – ¥5999 (~RM3,559)
  • 16GB + 512GB – ¥6199 (~RM3,677)
  • 16GB + 1TB – ¥6699 (~RM3,974)

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link