Malaysia Oversight

Siri Google Pixel 10 Akan Dilancarkan Pada 20 Ogos

By Amanz in July 17, 2025 – Reading time 1 minute
Siri Google Pixel 10 Akan Dilancarkan Pada 20 Ogos


Google

Siri Google Pixel 10 Akan Dilancarkan Pada 20 Ogos

July 17, 2025

Effi Saharudin

Acara Made by Google yang seterusnya akan berlangsung pada 20 Ogos di New York. Ini adalah cara peranti Google Pixel dan Pixel Watch terkini akan dilancarkan secara rasmi. Di acara ini kelak siri Pixel 10 dan Pixel Watch 4 pastinya akan dilancarkan dengan pelbagai ciri baharu.

Made by Google

Berdasarkan beberapa imej yang tertiris, sekali lagi tumpuan diberikan kepada perisian dengan perkakasan tidak menjalani perubahan yang drastik. Yang menjadi tumpuan pastinya ialah antaramuka Material 3 Emotive yang lebih ceria serta mudah digunakan serta akhirnya mod desktop hadir ke peranti Pixel.

Tahun ini siri Pixel 10 akan dilancarkan dengan Android 16 secara terbina selepas tahun lalu Google dikecam kerana melancarkan Pixel 9 menggunakan Android 14 dengan kemas kini diberikan kemudian.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link