Malaysia Oversight

Sindiket pemalsuan dokumen ditumpas, lima warga Bangladesh ditahan

By TheSun in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
Sindiket pemalsuan dokumen ditumpas, lima warga Bangladesh ditahan


: Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas di dua lokasi di Kuala Lumpur semalam.

Operasi pada pukul 9.40 pagi itu dijalankan hasil risikan selama tiga minggu melibatkan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas.

Lima lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 19 hingga 41 tahun berjaya ditahan termasuk dua dipercayai dalang utama sindiket tersebut.

Tiga daripada mereka memiliki Lawatan Kerja Sementara di bawah sektor pembinaan manakala seorang memiliki Pelajar.

Seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Pasukan operasi turut menyita pelbagai dokumen dan peralatan dipercayai digunakan untuk menghasilkan pasport palsu.

Antara barang rampasan termasuk lapan pasport Bangladesh, satu pasport India, tiga pasport Bangladesh disyaki palsu dan empat pasport Indonesia disyaki palsu.

Set komputer, set pencetak, muka surat pasport pelbagai negara dan kulit pasport turut dirampas.

Dakwat, peralatan pemotong, 11 telefon bimbit, wang tunai RM2,100 serta sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz juga disita.

Modus operandi sindiket menggunakan pasport palsu khusus untuk melepasi pemeriksaan kesihatan FOMEMA.

Individu yang sepatutnya tidak hadir ke klinik panel sebaliknya menggunakan pasport palsu dengan butiran baharu namun memaparkan wajah sebenar mereka.

Setiap pasport dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM250 sebelum dilupuskan selepas pemeriksaan selesai.

Sindiket itu tidak tertumpu kepada satu klinik sahaja malah menggunakan taktik berbeza bagi mengaburi pihak berkuasa.

Orang sama menggunakan pasport palsu berbeza untuk hadir ke klinik berlainan secara bergilir-gilir.

Sindiket dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas menggunakan kediaman mewah sebagai pusat operasi bagi mengelakkan dikesan.

Mereka menggunakan ejen warga Bangladesh untuk mencari pelanggan yang memerlukan dokumen tersebut.

Semua warga asing terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut. – Bernama



Source link