Dua media tempatan masing-masing dikenakan denda RM100,000, kerana menyiarkan paparan Jalur Gemilang yang tidak betul di laman web dan kerana memuat naik maklumat tidak tepat mengenai Ketua Polis Negara (KPN) di laman Instagram.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini berkata Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd dikenakan denda itu selepas mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kedua-dua syarikat media itu disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia, 1998, dan didakwa mengikut Seksyen 243 undang-undang yang sama.
[Laporan penuh menyusul]