WASHINGTON: Sidang media Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Pejabat Oval terpaksa dihentikan seketika selepas seorang hadirin tiba-tiba rebah ketika acara berlangsung. Insiden berlaku ketika pentadbiran Trump mengumumkan inisiatif baharu kerajaan untuk menurunkan harga ubat pelangsing, termasuk Ozempic, yang semakin popular di Amerika Syarikat. Lelaki yang pengsan itu dipercayai merupakan wakil syarikat farmaseutikal dan berdiri di belakang Presiden ketika kejadian berlaku. Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, memaklumkan individu terbabit…






